Immersive Go – Meneroka Pembelajaran Secara 360

Mohamad Nadzhar Bin Jjom, Maheran Binti Sulaiman, Mohd Ghafran Bin Mohamed

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA.

Email: nadzhar.pns@celt.edu.my ABSTRAK

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang kurang interaktif akan menyebabkan pelajar mudah merasa bosan serta sukar menerima maklumat dari pensyarah. Tambahan pula, melihat kepada situasi pandemik Covid-19 dimasa ini, tahap penerimaan para pelajar bergantung sepenuhnya kepada kelas di atas talian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Immersive Go sebagai satu medium pembelajaran bagi menggantikan suasana sebenar di bengkel. Bagi tujuan itu, Immersive Go diberikan kepada pelajar untuk digunapakai dan dapatan hasil keberkesanan penggunaannya diukur melalui kajian soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan Immersive Go mampu memberikan lebih pendedahan kepada pelajar tentang persekitaran sebenar di dalam bengkel. Gambaran sebenar dalam bentuk Virtual Reality (VR) tentang peralatan yang terdapat di dalam bengkel dan diuji secara gamifikasi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Kajian juga mendapati penambahbaikan boleh dilakukan dengan menambah bilangan peralatan di dalam Immersive Go. Secara keseluruhan, inovasi ini merupakan satu alternatif terdekat dalam meletakkan pelajar pada keadaan sebenar bengkel. Penggunaan inovasi ini akan merangsang penerimaan pembelajaran pelajar serta merealisasikan proses penyampaian ilmu yang lebih berkesan serta tidak membosankan.

Kata Kunci: Peralatan perbengkelan, Teknologi video 360 darjah, Virtual reality (VR), Gamifikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *