Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Atas Talian Terhadap Kesediaan Fasiliti, Kewangan Dan Emosi Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching Sarawak

Noorul’Ashikin binti Md. Salih

Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak, KM22, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak,

MALAYSIA.

Tel: 013-3874343
Email: ashikin@poliku.edu.my

ABSTRAK

Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang besar terhadap sistem pendidikan di seluruh dunia di mana institusi pendidikan perlu ditutup sementara. Namun, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diteruskan dan kaedah bersemuka sebelum ini telah diganti sepenuhnya dengan pengajaran dan pembelajaran di atas talian (PdPDT). Satu kajian berbentuk tinjauan telah dijalankan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan keberkesanan pelaksanaan PdPDT terhadap kesediaan fasiliti, emosi dan kewangan pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching Sarawak bagi sesi akademik Disember 2020. Data kajian dikumpul menggunakan borang soal selidik yang dibina menggunakan Google Form dan diedarkan sebanyak dua kali iaitu sebelum peperiksaan akhir dan selepas pelajar mendapat keputusan peperiksaan akhir. Responden adalah 75% daripada 727 orang pelajar. Hasil kajian menunjukkan 61% responden mempunyai fasiliti yang mencukupi untuk tujuan PdPDT manakala 49% responden pula telah bersedia dari segi kewangan bagi menyediakan peralatan yang bersesuaian untuk PdPDT. 57% responden berasa selesa sekiranya PdP dapat dilaksanakan secara bersemuka dan juga di atas talian yang mana pembelajaran secara hibrid dapat memenuhi keperluan emosi responden. Kesimpulan dari dapatan kajian ini, pelajar telah bersedia untuk menghadapi PdPDT dari aspek fasiliti, kewangan dan juga emosi.

Kata Kunci: keberkesanan, PdPDT, fasiliti, emosi, kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *