Keberkesanan Produktiviti Produk Inovasi Proses Mencucuk Sate Menggunakan Semi Auto Skewer Machine 2.0

Samsiah Binti Sha’aban, Muhammad Haziq Bin Mohd Ashri, Muhammad Izzul Muizuddin Bin Mohd Yazir

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai Negeri Sembilan, MALAYSIA.
Email: sampolinilai@gmail.com, haziqaiman00@gmail.com, muhdizzulmuizuddin@gmail.com

ABSTRAK

Proses kerja mencucuk sate yang dijalankan secara manual, terhad untuk menghasilkan sate dalam kuantiti yang banyak. Terdapat pelbagai pilihan mesin pencucuk sate di pasaran antaranya mesin manual, separa atau semi automatik dan automatik. Namun begitu, keberkesanan mesin semi automatik yang menggunakan sistem pneumatik menjadi bahan ujikaji perbandingan kajian ini. Tujuan Kajian ini adalah untuk mendapatkan perbandingan kuantiti pengeluaran bagi kerja mencucuk sate menggunakan mesin sate 2.0 semi automatik dengan mesin pencucuk sate automatik yang sedia ada. Sesi demonstrasi mencucuk sate untuk pengeluaran 15 batang sate untuk satu ‘mold’ pada mesin sate 2.0 dijalankan dan masa operasi kerja tersebut diambil dari awal sehingga selesai kerja mencucuk sate. Kaedah perbandingan kajian ini adalah secara pemerhatian antara dua mesin melalui masa yang direkodkan bagi menghasilkan kerja mencucuk sate sehari berkerja. Dapatan kajian menunjukkan mesin pencucuk sate 2.0 automatik mampu menghasilkan 6000 batang sehari berbanding 3000 batang bagi mesin sedia. Namun begitu, penambahbaikan perlu dibuat pada ‘mold’ dengan menambah bilangan slot acuan sate untuk peningkatan hasil kerja yang lebih banyak dan cepat. Di harap pembangunan mesin sate semi automatik seumpama ini dapat membantu melahirkan lebih ramai usahawan makanan dan menjadi mesin inovasi yang akan tersenarai sebagai salah satu pilihan mesin sate terbaik untuk meningkatkan produktiviti

Kata Kunci: Cucuk sate, mesin cucuk sate automatik, sistem pneumatik, kuantiti Abstrak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *