Ts Khairul Thalleh Bin Mustafa
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kuching Sarawak. Km 22, Jalan Matang,93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
Tel: +60134233302
Email: cairol@poliku.edu.my/khairul1965@gmail.com
ABSTRAK
Reka bentuk kejuruteraan adalah salah satu modul teras dalam kurikulum diploma kejuruteraan mekanikal politeknik. Gabungan kaedah pembelajaran yang sesuai akan menjadikan pelajar lebih memahami dan menghayati topik dalam sukatan pelajaran. Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa pembelajaran berasaskan masalah (PBL) sangat sesuai untuk bidang kejuruteraan. Pembelajaran berasaskan lawatan industri juga memberi kesan yang sangat baik kepada pemahaman pelajar mengenai situasi sebenar. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa gabungan kaedah pembelajaran akan menghasilkan pelajar dengan pelbagai kemahiran mengenai situasi terkini dan semoga penyelidikan ini dapat memberi sumber kepada penyelidik seterusnya.
Kata kunci : Reka bentuk kejuruteraan, pembelajaran berasaskan masalah (PBL), Pembelajaran berasaskan lawatan industri, pelbagai kemahiran, situasi terkini