ABSTRAK
DVD player adalah salah satu peralatan elektronik yang terdapat dalam silibus kursus Electronic Equipment Repair. Dalam ilibus tersebut, pelajar diajar fungsi setiap blok dalam DVD player, cara menganalisis dan troubleshooting kerosakan yang berlaku dalam DVD player tersebut. DVD Trainer yang dihasilkan ini adalah untuk kegunaan pelajar dan pensyarah bagi menjalankan amali analisis dan mengesan kerosakan pada DVD. DVD Trainer ini mempunyai 6 faults switch kerosakan iaitu
(1) tiada paparan video pada TV, (2) tiada keluaran audio (sound) pada TV, (3) bahagian motor DVD rosak, (4) bahagian microfon rosak, (5) bahagian MP3/MP4 rosak dan (6) bahagian power supply rosak. Analisis dibuat pada dua fault switch sahaja iaitu fault (1) dan fault (3). Bagi fault switch (1), keterusan kabel antara DVD ke TV diukur menggunakan multimeter julat ohm. Jika bacaan multimeter menunjukkan bacaan 0 ohm ≈ 1 ohm kabel dalam keadaan baik tetapi jika bacaan
menunjukkaan multimeter Infiniti ini bermakna kabel dari DVD ke TV telah rosak atau terputus. Bagi faults switch (3), Bacaan voltan pada motor dijadikan rujukan. Semasa dalam kedaan normal bacaan voltan pada motor 9V ≈ 12 V dan jika berlaku kerosakan (motor rosak) bacaan multimeter menunjukkan 0V. Dengan terhasilnya DVD trainer ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pensyarah Electronic Equipment Repair untuk menjalankan amali analisis dan troubleshooting kerosakan dalam DVD player. Impak yang paling besar ialah pelajar dapat melakukan secara hand on untuk analisis dan troubleshooting kerosakan yang terdapat DVD player. Secara lansung akan dapat memberi kemahiran pada pelajar dan dapat memberi keyakinan pada pelajar untuk membaikpulih peralatan elektronik termasuklah DVD player. Trainer yang dihasilkan
ini juga sangat mesra pengguna dan memudahkan pelajar untuk melakukan analisis kerosakan berbanding trainer yang ada dipasaran. Trainer yang dihasilkan ini sangat jauh lebih murah dari trainer yang ada dipasaran. Harga trainer yang terdapat dipasaran ialah sekitar RM2000, manakala kos trainer yang dibina ini lebih kurang RM100. Kesannya akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan institusi atau jabatan.
Kata kunci: DVD trainer, Electronic Equipment Repair, troubleshooting