Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Menggunakan Kaedah Mentor-Mentee: Kajian Tindakan bagi Kursus Cost & Management Accounting 2

Shaharoni Binti Shafie (Corresponding Author), Khatijah Binti Ibrahim & Nur Azreen Binti Zaidel

Politeknik Kuching Sarawak 

shaharoni@poliku.edu.my, khatijah.i@poliku.edu.my & n.azreen@poliku.edu.my

ABSTRAK


Pembelajaran Koperatif merupakan salah satu teknik pengajaran dimana para pelajar saling bantu membantu antara satu sama lain. Mereka dibentuk dalam kumpulan-kumpulan kecil, dimana mereka akan saling bekerjasama melakukan aktiviti dalam kumpulan, berkongsi idea dan pendapat, saling membantu dalam menyelesaikan setiap masalah yang timbul dan memastikan setiap ahli kumpulan menguasai topik yang dipelajari. Melalui kumpulan kecil ini, akan diwujudkan sistem mentor-mentee yang mana telah dikenalpasti mana pelajar yang akan dapat membantu dan mana pelajar yang akan dibantu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran koperatif menggunakan kaedah mentor mentee bagi kursus Cost & management Accounting 2, bagi meningkatkan kefahaman yang lebih tinggi dalam menguasai topik varian.
Seramai 48 orang pelajar terlibat dalam kajian ini, iaitu pelajar semester 4 Diploma Akauntansi di Jabatan perdagangan Politeknik Kuching Sarawak. Hasil tinjauan awal yang telah dilakukan, mendapati keputusan terdahulu yang diperolehi oleh para pelajar adalah pada kedudukan yang kurang memuaskan. Oleh itu, fokus bagi kajian ini adalah bagi menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan teknik pembelajaran Koperatif, iaitu teknik yang sedikit berbeza dengan teknik yang telah diamalkan selama ini, dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian para pelajar. Maka kaedah ini telah dilaksanakan dan didapati hasil perbandingan antara ujian Pra-Tindakan dan Pasca-Tindakan ke atas pencapaian keputusan bagi 48 pelajar ini
telah meningkat dengan lebih baik. Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan kecenderungan dan minat para pelajar kepada kaedah yang dilaksanakan ini, iaitu pembelajaran koperatif menggunakan kaedah mentormentee. Justeru, kaedah ini dilihat mampu menjadi salah satu alternatif kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih berkesan pada masa hadapan.


Kata kunci : Pembelajaran Koperatif, Mentor-Mentee, prestasi pelajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *