Nur Syamsinar Fadhilah bt Mohamad Jaya, Mohamad Shukri bin Muda & Mohamad Waridi bin Hadzali
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia.
zoomwe77@gmail.com, shukri_3553@yahoo.com & m.waridi@poliku.edu.my
ABSTRAK
Ruang pembelajaran yang kondusif merupakan salah satu indikator penting kepada hasil pembelajaran yang baik. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai keselesaan termal dalaman di bengkel Penyamanan Udara, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Skop lokasi atau pemilihan bengkel dibuat berdasarkan beberapa faktor dalaman yang diambil kira iaitu rekabentuk ruang bengkel, kesesuaian ruang kerja pelajar dan kapasiti peralatan dengan ruang bengkel. Kajian ini telah dilaksanakan dengan merujuk kepada konsep Adaptive Thermal Comfort dimana mengambilkira suhu udara, halatuju udara dan kelembapan relatif sebagai pembolehubah yang memberi kesan kepada keselesaan termal di bengkel. Dapatan data di analisa dengan merujuk kepada jadual indeks ketidakselesaan termal George Winterling sebagai indikator untuk perbandingan. Dari kajian ini menunjukkan bahawa Bengkel Penyamanan Udara Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berada di dalam zon kuning iaitu dikelaskan sebagai kondisi termal tidak selesa dengan indek 41. Oleh itu dicadangkan penambahbaikan dilakukan bagi mendapatkan zon selesa di dalam Bengkel Penyamanan Udara khususnya semasa pengajaran dan pembelajaran dan bengkel dilaksanakan. Berdasarkan penilaian merujuk piawaian ASHRAE, suhu dalaman bengkel ini juga tidak menepati kehendak iawaian dan menyebabkan berada pada tahap tidak selesa.
Kata Kunci: Keselesaan termal, Dalam Ruang Pembelajaran, Bengkel