Kajian Kesan Ciri-Ciri Elektrod Dalam Penghasil Gas Oksigen Dan Gas Hidrogen (PGOH) Melalui Proses Elektrolisis Air Terhadap Pengeluaran Gas Hidrokarbon Enjin Petrol

Mat Sazilin Bin Ayub
Kolej Komuniti Besut, 22000 Terengganu.
E-Mail: sazilin.kkbest@gmail.com

Abstract
Abstract should cover, introduction, problem statement, research objectives, research methods, research data’s analysis, conclusion and suggestions. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai kesan rekabentuk “Penghasil Gas Hidrogen dan Oksigen”(PGHO) bagi menghasilkan gas oksigen dan gas hidrogen berasaskan kaedah elektrolisis air terhadap penghasilan gas hidrokarbon dalam gas ekzos enjin. Pembakaran di dalam enjin petrol sangat primitive. Keadaan sebegini kerana bahan api petrol yang tidak terbakar dengan lengkap akan terbebas bersama saman gas ekzos. Perkara ini merupakan masalah yang paling besar dalam industri automotif negara kita. Pendekatan yang telah dicadangkan oleh pengkaji ialah dengan menggunakan penghasil gas oksigen dan gas hidrogen menggunakan kaedah menguraikan molikul air kepada gas oksigen dan gas hidrogen dengan menggunakqan arus elektrik. Walaupun telah terdapat orang menggunakan penjana gas hidrogen dalam kereta tujuan mendapatkan lebihan kuasa, belum banyak kajian dilakukan terhadap faktor yang boleh mengurangkan pengeluaran gas hidrokarbon dalan gas ekzos. Untuk itu kajian ini dilaksanakan bertujuan melihat kesan “PGOH” . Pengkaji telah menetapkan ciri-ciri elektrod ialah luas permukaan elektrod dan jarak antara setiap elektrod bagi melihat kadar pembebasan gas hidrokarbon dalam gas ekzos. Berpandukan kepada dapatan data yang telah dikumpulkan dengan menggunakan Automotif 2 Gas Analyzer model (GRO-202) dan dianalisa dengan menggunakan perisian ‘Reka Bentuk Eksperimen’. Di dapati ciri-ciri elektrod yang paling berkesan mengurangkan pembebasan gas hidrokarbon oleh enjin ialah kombinasi luas permukaan elektrod 568 cm persegi dan jarak 1 cm antara elektrod. Hasil dari dua ciri ini mengakibatkan pengeluaran gas hidrokarbon menurun sebanyak 43%. Situasi Ini berlaku akibat dari pembakaran bahan api dalam kebuk pembakaran enjin akan menjadi lebih sempurna dengan kehadiran gas hidrogen sebagai bahan api tambahan dan gas oksigen sebagai pelengkap pembakaran. Dalam usaha menggabungkan alat Penghasil Gas oksigen dan gas hidrogen ke dalam kenderaan,  dicadangkan untuk mengkaji sistem elektronik yang boleh mengawal arus dan voltan yang masuk ke dalam alat “PGHO”.

Keywords: Penghasil Gas oksigen Dan Gas Hidrogen, gas hidrokarbon, Enjin petrol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *